Kelas Website Google dan Taklimat KDB

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri seramai 8 orang pelajar berumur 10 tahun hingga 15 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 1400 petang dan tamat pada pukul 1700 petang bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak.

Kelas ini mengajar pelajar cara mencari data/gambar atau video di laman carian google. Mereka juga diajar cara mencari video dalam aplikasi youtube dan juga media sosial facebook.

Kelebihan daripada kelas ini pelajar juga diberi sedikit taklimat advokasi seperti Klik dengan Bijak antaranya buli siber, berkongsi maklumat secara berlebihan, maklumat palsu dan penipuan dalam internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali